Isnin, Julai 27, 2009

tulisan che det kontroversi

baca dan fahami apa yang cuba disampaikan Tun Mahathir dalam tulisannya bertajuk 'kaki dalam kasut'.

KAKI DALAM KASUT
By
Dr. Mahathir Mohamad
on July 20, 2009 5:58 PM Permalink Comments (579) TrackBacks (0)
var addthis_pub="chedet2";

Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.
Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.





Anak kecil main apiTerbakar hatinya sendiriAir mata darah bercampur keringatBumi dipijak milik orangNenek moyang kaya rayaTergadai seluruh harta bendaAkibat sengketa sesamalah kitaCinta lenyap di arus zamanIndahnya bumi kita iniWarisan berkurun lamanyaHasil mengalir ke tangan yang lainPribumi merintih sendiriMasa depan sungguh kelamKan lenyap peristiwa semalamTertutuplah hati terkunci matiMaruah peribadi dah hilangKini kita cuma tinggal kuasaYang akan menentukan bangsaBersatulah hati bersama berbaktiPulih kembali harga diriKita sudah tiada masaMajulah dengan Maha PerkasaJanganlah terlalai teruskan usahaMelayu Gagah Di Nusantara

kursus di Agro Resort


Penolong Kanan Petang, Haji Adnan Mohamad menyifatkan kursus kemahiran belajar KRK (Kelas Rancangan Khas) berjaya mencapai matlamat dengan semua pelajar berazam menjadikan sasaran 8A dalam PMR 2010.

konsultasi SPM


Majlis yang diadakan bersama antara unit kaunseling, guru, ibu bapa dan pelajar menerima sambutan hangat. dalam ucapan motivasinya, Tuan haji Tarmizi mengesa ibu bapa supaya sentiasa memerhatikan gelagat dan perangai anak-anak.

Jumaat, Mei 08, 2009

Tahlili untuk Abe Soh


tahlil untuk arwah abe soh telah diadakan di Masjid Al-Ehsan SMK Kubang Kerian 1.

Isnin, Mei 04, 2009

Tahniah wartawan Suara Muda



Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj. Puzer Mohammad mengucapkan syabas dan tahniah di atas kehebatan kelab Wartawan Muda SMK Kubang Kerian 1.

"Cara mereka bertanya macam wartawan betul. Tahniah dan saya harap mereka akan meneruskan kerjaya dalam bidang kewartawanan," katanya sambil memuji penerbitan akhbar Suara Muda.

bersama Mantan Menteri Pelajaran


Oleh: Nadia


Kenangan bersama Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin kekal dalam ingatan. Gambar yang dirakamkan ketika SMK Kubang Kerian 1 menggondol hadiah APSSC 2008 pastinya tersimpan kukuh dalam dairi dunia perguruannya.

"Saya ingin mencontohi semangat Datuk Hisham dan bagaimana sikap mesranya memberi impak besar dalam dunia pendidikan tanahair," katanya sambil tersenyum.

2 pelajar terbaik STPM 08


Oleh: Nazurah Zahari (NZ)

satu ceramah kemahiran belajar telah disampaikan oleh 2 pelajar terbaik STP 2008 SMK Kubang Kerian 1 dihadapan lebih 100 calon STP 09. Ceramah cukup bermakna ini diharap dapat menyuntik motivasi tambahan menjelang peperiksaan pertengah penggal.

Jumaat, Mei 01, 2009

ceramah Psikologi kecemerlangan


Dikendalikan oleh prof. madya Abdul Jamil bersama mahasiswa USM.

Sasaran: Memberi motivasi kepada penerima biasiswa ting.5 dan 6 SMK KK 1 2009.

selamat datang Madihah


syukur dan percayalah Tuhan Maha Kuasa. Biarpun Nik Nur Madihah berasal dari keluarga yang miskin tetapi dia tidak miskin ilmu. Keunggulan memperolehi 20A amat mengagumkan. Tahniah dan syabas.

lawatan demi lawatan


syabas kepada pusat sumber sekolah Tok Kenali kerana sering menerima kunjungan daripada warga sekolah lain. tahniah dan semoga usaha ini sentiasa dilipatgandakan.

awas selesema babi

awas. ini memang penyakit berbahaya.
inilah hikmahnya mengapa tuhan haramkan orang Islam makan daging babi.

selamat hari pekerja 2009

buat seluruh warga smk kubang kerian 1
selamat hari pekerja dan semoga hari ini menjadi tanda keikhlasan kita semua untuk terus berjuang mencari rezeki yang halal.

Khamis, Mac 19, 2009

buat isteriku


03 Mac datang lagi

terima kasih permaisuri hati

kerana sanggup hidup semati

denganku

03 Mac berkunjung tiba

tentunya mendewasakan dirimu

berdepan dengan ombak dunia

SELAMAT HARI LAHIR

SYUHAZLINA MARINI

Mohd Rayyan Faiz


12 April bakal menjelma

Penanda usiamu setahun

Puteraku

Selamat hari lahir

Papa doakan moga

Kau bahagia melayani

Dunia serba indah

Buatmu

Putera jantungku.

dah lama tak menulis

salam buat semua. malam ini nak tulis sedikit tentang PPSMI. Buletin TV3 tadi paparkan kemesraan Dato' Hisham dengan GMP...moga ada sinar dalam kemelut ini.

Sabtu, Januari 10, 2009

bila nak tengok blog ramzi

dunia dah pantas berubah...bro? hang mesti ada blog...baru canggih beb..jangan lupa...lepas ini kita kena komunikasi dalam alam siber...
Kita tengok bila boleh bertahan...seminggu sekali kena buka blog bro..
jangan cakap saja?

macam mana Sangeetha

dah dapat balik esei aku...banyak kelemahan yang kena baiki..apapun good luck untuk Duna dan Ramzi..rakan Sangeetha aku!

Jumaat, Januari 02, 2009

TUNGGU DETIK 17 JANUARI

Hei....banyak kerja ini. aku duna dan ramzi dah bahagi tugas untuk buat bahasa rojak...
rasa mcm tak sempat sahaja.

DUNA RAMBUT BARU

Terkejut aku tengok...bayar nazar la?
assigment kita bila nak siap?
puas aku mikir nieeeee....